Halaman

Jumaat, 3 Jun 2016

Touch n Go Memperkenalkan Jam Tangan Yang Boleh Digunakan Untuk Melakukan Pembayaran

Touch N Go Watch
Touch n Go merupakan salah satu platform pembayaran yang popular di Malaysia, digunakan untuk pembayaran di plaza Tol, pengangkutan awam, mahupun di beberapa kedai untuk membeli barangan ataupun makanan. Sehingga kini, mereka telah menawarkan kemudahan pembayaran menggunakan kad dan juga SmartTag, dan terkini mereka turut memperkenalkan sebuah jam tangan untuk tujuan yang sama.
Dinamakan sebagai Time Traveller Watch, Touch n Go mengintegrasikan kebolehan membayar menggunakannya terus pada jam tangan tersebut. Seperti biasa, pengguna hanya perlu mengimbas jam tangan tersebut di lokasi Touch n Go seperti biasa, dan transaksi akan dilakukan secara automatik. Pengguna juga boleh menambah-nilai untuk jam tangan berkenaan di semua lokasi sedia ada.
Touch N Go Watch
Dengan integrasi pada jam tangan juga, ia membuatkan anda tidak lagi tertinggal kad Touch n Go memandangkan ia sedia terpakai pada pergelangan tangan anda sepanjang masa.
Touch N Go Watch
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan ini dari laman 11Street pada harga RM222.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan