Halaman

Jumaat, 3 Jun 2016

Samsung Melancarkan Siri Televisyen SUHD 2016 Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM5999

Samsung merupakan pengeluar televisyen nombor satu di dunia, dan menawarkan beberapa variasi televisyen bukan sahaja untuk pasaran global, tetapi juga untuk pasaran tempatan. Terkini, Samsung Malaysia telah pun melancarkan siri televisyen Samsung SUHD 2016 yang turut hadir dengan panel Quantum Dot untuk pasaran tempatan.
Samsung SUHD TV 2016
Siri televisyen baru ini telah dipertontonkan pada awal tahun 2016 ini, dan beberapa variasi televisyen ditawarkan oleh Samsung, bermula daripada harga RM5999 sehingga ke harga RM99,999.
Menjadi fokus utama pengenalan Samsung untuk televisyen mereka yang baru ini adalah penggunaan panel paparan Quantum Dot. Melaluinya, ia kini menawarkan paparan warna yang lebih jelas dan jitu, sekaligus membolehkan pengguna menikmati video dan filem dengan lebih menarik lagi.
Televisyen baru yang ditawarkan turut hadir dengan rekaan melengkung, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan sistem operasi Tizen OS yang dikemaskini bagi memudahkan pengguna untuk menikmati kandungan dari internet mahupun tempatan.
Televisyen pintar baru daripada Samsung ini telah mula dijual di pasaran tempatan, dan bagi anda yang berminat boleh mula mendapatkannya daripada para pengedar tempatan.



samsung-suhd-tv_01

Tiada ulasan:

Catat Ulasan