KOTA BHARU - Menyedari walaupun Umno dilihat lebih hebat dan kuat secara fizikalnya  namun tidak mustahil Pas menjadi pilihan  pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan izin ALLAH WT.
Justeru Ketua Muslimat Pas Pusat, Noridah Mohd  Salleh meminta semua jentera dapat memanfaatkan  keberkatan PRK yang berlangsung pada  Ramadan  dengan sebaik- baiknya untuk meraih sokongan.
Menurutnya, terangkan sebaik-baiknya  dan terus berdoa dan bermunajat mudah-mudahan kedua-dua PRK nanti membuahkan kejayaan kepada Pas.
"Melihat  kekuatan fizikal Umno  mungkin kita serender, tetapi  kita ada Allah SWT yang  maha kuat, pemurah dan memerhati tindak tanduk dan mustajabkan doa kita," katanya ketika ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan.
Dalam masa sama, beliau juga mengingatkan seluruh ahli meletakkan keyakinan  dan menjaga tingkah laku sepanjang tempoh berkempen agar ALLAH SWT  memustajabkan doa kemenangan Pas.
 Selain itu, Noridah juga  mengharapkan usul Muslimat untuk mewujudkan dasar  pendidikan Pas dapat dipertimbangkan.
"Isu pendidikan yang dibincangkan semalam adalah satu perkara besar sebagaimana  di sebut oleh  presiden parti.
"Penekanan serius  agar Pas itu sendiri ada dasar  pendidikan sendiri  sebab kita semua harapkan kemenangan  Pas,  kita tidak seronok dan tidak mahu bagi kejayaan kepada BN," katanya.
Dalam pada itu juga, Noridah turut meminta Pas Pusat untuk pertimbangkan bagi mewujudkan Lajnah  Pembangunan Keluarga.
"Memang  ini lajnah  baharu  di peringkat  dewan mungkin boleh dibawa kepada Pas Pusat  dengan  hujah  dan kefahaman  bahawa urusan keluarga adalah tanggungjawab besar terhadap diri masing -masing," katanya.

Sumber