Halaman

Rabu, 15 Jun 2016

6 Sebab Kenapa Merisik Ketika Hari Raya Sering Berjaya


Merisik adalah salah satu adat di mana pihak lelaki biasanya akan menghantar wakil untuk bertemu dengan ahli keluarga pihak wanita bertujuan untuk memaklumkan bahawa si lelaki berniat untuk memperisterikan si wanita.

(Video) Rakaman CCTV Remaja Perempuan Diganggu Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Dalam Lif Jadi Viral


14 Jun - Satu video yang merakamkan seorang perbuatan seorang lelaki cuba mengganggu seorang remaja perempuan di dalam sebuah lif menjadi viral di media sosial hari ini.

Video yang berdurasi selama 1 minit 37 saat itu memaparkan lelaki berkenaan yang masuk kemudian dalam lif tersebut cuba memegang-megang remaja terbabit.

Menerusi pengamatan Siakap Keli pada komen dari mereka yang mengenali lelaki tersebut, lelaki itu dipercayai sememangnya kurang siuman.

Remaja itu kemudian cuba menepis lelaki itu tetapi dihalang. Selepas beberapa kali mencuba gadis itu berjaya keluar dari lif terbabit.

Video itu dimuat naik di page Metafora Anafora dan mendapat lebih dari 3,000 perkongsian dan mendatangkan pelbagai reaksi dari netizen yang ingin pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.


Namun lokasi kejadian tidak dinyatakan. 

[Kemaskini]
Penghuni flat tempat kejadian ketika dihubungi Siakap Keli berkata lelaki di dalam video terbabit mempunyai surat gila dan sudah beberapa kali mengganggu penduduk dan orang di sekitar flat berkenaan.

Sumber

Ahad, 12 Jun 2016

MESTIBACA! Tips simpan duit yang mudah dan efektif yang ramai diantara kita tak tahu


Ramai mereka diluar sana telah mencuba untuk menyimpan duit, dari duit gaji tetapi ramai tidak berjaya melakukannya.

Pendapat admin sendiri simpan duit ini lebih kepada memerlukan pengorbanan kita untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan 'diet' nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang 'kelaut'.

Sabtu, 11 Jun 2016

Polis Tahan Pemandu Kereta Perodua Viva Bernombor Plat D3V1L



KOTA KINABALU, 10 Jun: Seorang penjawat awam ditahan polis kerana menggunakan kereta bernombor pendaftara D3V1L yang tidak wujud dalam sistem.

Lapor The Star, lelaki yang berusia 28 tahun itu ditahan ketika polis menjalankan Operasi Khas di Jalan Coastal Asia City pada Rabu.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra berkata, kereta Perodua Viva yang dimilik oleh pemandu tersebut tidak mempunya roadtax yang sah dan dia telah memandu kenderaan itu sejak tiga bulan lepas untuk berulang alik dari rumahnya di Kinarut ke tempat kerjanya di Likas di sini.

Foto : Sayangsabah.com
"Kami juga mengesan satu kes minggu lepas dimana seorang pemilik kenderaan meletakkan 'Selamat Hari Raya' sebagai nombor plat keretanya dan kita telah ambil tindakan. ", kata beliau lagi.
Sumber

Gempa bumi lemah berlaku di Ranau

Gempa bumi lemah berlaku di Ranau
Gempa bumi
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah, berukuran 2.3 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 5.18 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak di 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 11km barat dari Ranau.
Gegaran dirasai di Ranau. - Bernama

Sumber

Jumaat, 10 Jun 2016

MH370!: Serpihan Ditemui Di Australia Disiasat

serpihan,mh370
Serpihan yang ditemui di Mossel Bay, dekat Cape Town, Afrika Selatan pada 21 Mac lalu.


CANBERRA: Pegawai penyiasat Australia sedang memeriksa serpihan pesawat yang ditemui di sebuah pulau di luar pantai Australia Selatan untuk mengenal pasti sama ada ia milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370.
"Kami sedang menunggu maklumat lanjut dan akan memeriksa setiap komponen itu. Pada tahap ini, tiada apa yang pasti dan kami akan mengikuti prosedur biasa.

Khamis, 9 Jun 2016

GAMBAR Bengang Tak Dibenarkan Berniaga, Peniaga Bakar Gerai

Foto besar : Keadaan gerai yang dibakar. Foto kecil : Peniaga melakukan protest. (Foto internet)

BALAKONG, 8 JUN – Gara-gara bengang dengan tindakan anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan yang diusahakan sebagai tanda protes terhadap Majlis Perbandaran Kajang dalam kejadian kira-kira 5.05 petang tadi.

HANGAT! Lelaki ini tak sengaja rosakkan kamera harga lebih RM200,000


Sedutan video yang viral semalam.
VIDEO seorang lelaki yang tidak sengaja merosakkan kamera berharga AS$70,000 (RM284,462.50) di ekspo Cine Gear menjadi viral di laman sosial, kelmarin.
Menurut laporan PetaPixel, kejadian berlaku ketika lelaki berbangsa Israel tersebut cuba melakukan demonstrasi kekuatan dan kestabilan sebuah 'stabilizer' kamera.
Lelaki berkenaan kemudian melepaskan tangannya pada 'stabilizer arm' dan alatan tersebut patah, menyebabkan kamera ARRI Alexa XT jatuh terhempas ke tanah.
Kamera tersebut mampu mencecah sehingga AS$$100,000 (RM406,475.00), bergantung kepada keperluan seorang jurukamera.

Selasa, 7 Jun 2016

SERAM! Budak 11 Tahun Sesat Dalam Hutan Selepas Ikut 'Nenek' Misteri


Mohd Amirul Azim menunjukkan kawasan tali air di mana tempat dia mengikut seorang nenek yang tiba-tiba hilang.
KUALA NERANG, 6 Jun - Seorang kanak-kanak 11 tahun sesat hampir lima jam dalam hutan selepas mendakwa mengikuti seorang nenek ketika dia mahu pulang ke rumahnya di Kampung Perik pada Jumaat lalu.

Isnin, 6 Jun 2016

"Penunggang Motosikal Ini Lakukan Dua Kesalahan, Khianat Dan Turut Guna Laluan Kecemasan" - Polis


Penunggang motosikal yang mengambil tindakan undang-undang sendiri seperti merosakkan 'side mirror' kereta yang menggunakan laluan kecemasan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, lapor New Straits Times.

Penumpang, anak kapal MH01 cedera akibat gegaran udara



Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01 yang mengalami gegaran udara ketika dalam penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa ke Bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
SEPANG - Beberapa penumpang dan anak kapal cedera ringan apabila pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01 dalam penerbangan dari London menuju ke Kuala Lumpur mengalami keadaan gelora udara yang teruk ketika berada di ruang udara Teluk Bengal, hari ini.

Ahad, 5 Jun 2016

Ahmad Bashah Pengsan Ketika Hadiri Mesyuarat, Kini Dirawat Di ICU

ahmad bashah pengsan,ahmad bashah,mb kedah pengsan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilaporkan telah pengsan ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora dan dikejarkan ke hospital kira-kira jam 7.30 petang tadi, lapor mStar Online.

Apa itu net framework

Microsoft .Net Framework adalah perisian pada komputer yang digunakan untuk memudahkan pengembangan dan execution program yang berbagai jenis bahasa programming dan sekumpulan library supaya sistem operasi windows dapat menjalankan sesebuah aplikasi.

Apabila kita hendak memasang sesuatu software kadang-kadang akan terdapat satu pop up amaran net framework. itu menandakan bahwa aplikasi tersebut memerlukan sokongan dari net framework versi tertentu. Untuk itu, biasanya microsoft juga menyediakan layanan untuk pengguna windows agar dapat memuat turun dan melakukan update net framework terbaru.

apa itu net framework,net framework,what is net framework

Fungsi .Net Framework pada Windows

Fungsi utama dari .Net Framework pada windows adalah sebagai penterjemah dan executioner sesebuah perisian agar dapat berjalan pada sistem windows. Sebenarnya tidak semua perisian memerlukan net framework versi terbaru atau tidak perlu memasang net framework.Net Framework terlebih dahulu agar bisa menjalankan atau melakukan intallasi aplikasi tersebut.

Untuk mendapatkan .Net Framework kita boleh download langsung dari website https://www.microsoft.com kemudian download .Net Framework sesuai versi yang anda inginkan. Kita boleh melakukan install secara online atau bahkan secara offline tergantung dari aplikasi .Net Framework yang kita download.


Bagaimana Microsoft .Net Framework beroperasi pada Windows

.Net Framework pada windows sangat mudah. Antaranya

APLIKASI .NET --> .NET FRAMEWORK --> OS WINDOWS

Biasanya pada sistem windows sudah ada .Net Framework standard built in dari windows, Akan tetapi ada beberapa perisian yang memerlukan .Net Framework versi terntentu untuk dapat menjalankan perisian tersebut.

Sumber

Bagaimana Mendapatkan Kembali Akaun Facebook Yang Digodam?

Facebook pada hari ini beroperasi sebagai identiti utama untuk pengguna internet. Ramai pengguna internet menggunakan Facebook untuk log masuk ke pelbagai perkhidmatan lain, dan pada masa yang sama berkongsi pelbagai maklumat peribadi melalui perkhidmatan berkenaan.
Facebook,cara hack facebook,cara elak facebook kena hack,facebook kena hack
Dengan pelbagai data yang dikongsikan, ini menjadikan akaun Facebook setiap pengguna terdedah untuk diserang dan digodam oleh pihak ketiga. Sekiranya akaun Facebook anda turut telah digodam, jangan risau memandangkan anda boleh mendapatkannya kembali melalui fungsi khusus yang disediakan oleh Facebook.
Untuk mendapatkan kembali akaun anda yang telah digodam atau diakses pengguna lain, anda hanya perlu ke laman Facebook Hacked.
Pada laman berkenaan, anda akan diminta memasukkan kata laluan dan seterusnya melalui beberapa soalan sekuriti dalam mendapatkan kembali akaun Facebook peribadi anda.
Sebaik sahaja mendapatkannya kembali, kami menasihatkan anda mengaktifkan fungsi pengesahan dwi-faktor. Melalui fungsi ini, anda boleh memastikan akaun anda lebih selamat memandangkan ia akan memerlukan penyertaan sebuah kod khusus yang dihantar melalui SMS kepada telefon anda.

Sabtu, 4 Jun 2016

Ozil tak dapat berpuasa

Ozil tak dapat berpuasa
Ozil terpaksa melupakan puasa Ramadan kerana terikat dengan Euro 2016.
PERANCANG tengah Jerman, Mesut Ozil terpaksa melupakan ibadah puasa tahun ini kerana mewakili negaranya dalam kejohanan Euro 2016.
Ozil ketika ditemu ramah sebuah stesen televisyen Jerman berkata, cuaca panas selain latihan intensif untuk persediaan skuad Die Mannschaft itu menyukarkan dia untuk berpuasa.
“Cuaca terlalu panas dan saya perlu menjalani sesi latihan dan perlawanan yang diadakan pada waktu siang. Kerana itulah, tidak mungkin saya boleh berpuasa,” katanya.
Euro 2016 akan bermula 10 Jun sehingga 10 Julai manakala Ramadan jatuh pada 6 Jun ini.
Ozil juga tidak dapat berpuasa pada 2014 yang lalu kerana mewakili Jerman dalam Piala Dunia di Brazil.
Dewan Muslim Jerman (Central Council of Muslims) pada 2010 mengeluarkan fatwa yang membolehkan atlet profesional Jerman tidak berpuasa di bulan Ramadan dan menggantinya pada hari lain.

Sumber

Ibu terpaksa mencuri demi derita anak

Ibu terpaksa mencuri demi derita anak
NANJING - CHINA. Selepas kisah seorang ibu yang terpaksa mencuri ayam dan beberapa buah buku untuk dihadiahkan kepada anaknya telah menarik simpati netizen malah sebuah laman diwujudkan bagi meraih derma bagi membantu mereka.
Liu Jinxia mempunyai anak kembar yang menderita penyakit buah pinggang.
Dia baru-baru ini membawa salah seorang kembarnya berusia 7 tahun dari Nanjing ke Shadong untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.
Bagaimanapun dia tidak mampu membiayai rawatan yang terlalu mahal dan hanya memilik 3,00 yuan (RM188) untuk keseluruhan perbelanjaan.
Di Shandong, Lui yang bercerai dengan suaminya sejak beberapa tahun lalu kerana masalah kewangan yang teruk sejak melahirkan bayi kembar bekerja sebagai pemugut sampah dan memperoleh hanya 50 yuan (RM31) sehari.
Semasa berada di Nanjing, ibu itu perlu berjimat dan terpasa tinggal di dalam sebuah bilik kecil yang berkeluasan dua meter persegi.
Menurut Liu, dia terpaksa mencuri peha ayam dan beberapa buah buku sekolah daripada sebuah pasaraya untuk menghadiahkan kepada anaknya kerana kanak-kanak itu pernah meminta daripadanya.
Namun, nasib tidak menyebelahinya dan dia ditahan sebaik cuba keluar dari pasar raya berkenaan.
Pengorbanan ibu itu mendapati simpati polis yang mengendalikan kesnya yang kemudiannya memuatnaik di laman sosial WeChat untuk memohon bantuan rakan-rakanya untuk meringankan beban wanita itu.
Hasil sumbangan, Liu berjaya memperoleh 10,000 yuan (RM6,289) namun selepas cerita itu kemudian menjadi viral dan dikongsi ramai netizen di China dana  bernilai 300,000 yuan (RM188,689) berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada netizen.
Dana itu berjaya menampung rawatan perubatan keluarga malang it

Sumber

12 Gambar!! KL & Selangor Dilanda Hujan Ribut & Hujan Batu



Kuala Lumpur, 3 Jun - Hujan lebat di sekitar ibu kota dan Selangor hari ini turut menyaksikan kejadian hujan batu dan ribut yang agak lebat.

Selain dari hujan batu, turut kelihatan beberapa struktur dan kawasan rosak serta pokok tumbang akibat ribut kuat yang melanda.



Difahamkan, antara tempat yang terjejas teruk akibat kejadian adalah kawasan sekitar Bukit Jalil



Add caption


Jumaat, 3 Jun 2016

ServisHero Menawarkan Khidmat Kejut Sahur Sepanjang Bulan Ramadhan Ini Secara Percuma

ServisHero
Add caption
ServisHero merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat tempahan untuk beberapa perkhidmatan – sebagai contoh untuk perkhidmatan pembersihan, membaiki paip, berkaitan elektrik, dan sebagainya. Kini, bersempena dengan bulan Ramadhan, pihak ServisHero kini hadir dengan perkhidmatan kejut sahur secara percuma.
Melalui halaman khusus yang disediakan, pengguna hanya perlu memasukkan nama dan nombor telefon, dan seterusnya anda akan menerima panggilan telefon secara percuma sepanjang bulan Ramadhan ini – sekitar pukul 5 pagi.
Perkhidmatan ini disediakan secara percuma oleh pihak ServisHero, dan ditawarkan antara 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 kelak.
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan nombor telefon anda di ServisHero, dan menerima panggilan kejut sahur sepanjang Ramadhan 2016 ini.
ServisHero Ramadhan

Siasatan kes kematian menantu TPM sedang dijalankan - Dr Subramaniam

Siasatan kes kematian menantu TPM sedang dijalankan - Dr Subramaniam,menantu tpm meninggal dunia,kes menantu tpm,menantu timbalan perdana menteri,menantu zahid hamidi
Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar pada Rabu. - Gambar fail














KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap kes menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar pada Rabu, sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kematian dan beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

"Siasatan sudah bermula semalam, buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia 2016 di sini, pada Jumaat.

Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar pada Rabu.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira pukul 6 petang untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum tidak sedarkan diri.

Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementeriannya sedang mencari formula ke arah memperbaiki perkhidmatan kesihatan di hospital swasta di seluruh negara, termasuk dalam soal memantau dan mengawal kadar caj kepada pesakit.

Beliau berkata kementerian sedang mengkaji pelaksanaan sistem audit yang sama seperti dilakukan di hospital kerajaan.
Katanya ini penting supaya hanya kadar caj yang munasabah yang bersesuaian dengan penyakit sahaja yang dikenakan kepada pesakit.

"Ada sesetengah hospital swasta yang menggunakan imbasan MRI kepada pesakit sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan CT Scan yang lebih murah," katanya.


Samsung Melancarkan Siri Televisyen SUHD 2016 Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM5999

Samsung merupakan pengeluar televisyen nombor satu di dunia, dan menawarkan beberapa variasi televisyen bukan sahaja untuk pasaran global, tetapi juga untuk pasaran tempatan. Terkini, Samsung Malaysia telah pun melancarkan siri televisyen Samsung SUHD 2016 yang turut hadir dengan panel Quantum Dot untuk pasaran tempatan.
Samsung SUHD TV 2016
Siri televisyen baru ini telah dipertontonkan pada awal tahun 2016 ini, dan beberapa variasi televisyen ditawarkan oleh Samsung, bermula daripada harga RM5999 sehingga ke harga RM99,999.
Menjadi fokus utama pengenalan Samsung untuk televisyen mereka yang baru ini adalah penggunaan panel paparan Quantum Dot. Melaluinya, ia kini menawarkan paparan warna yang lebih jelas dan jitu, sekaligus membolehkan pengguna menikmati video dan filem dengan lebih menarik lagi.
Televisyen baru yang ditawarkan turut hadir dengan rekaan melengkung, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan sistem operasi Tizen OS yang dikemaskini bagi memudahkan pengguna untuk menikmati kandungan dari internet mahupun tempatan.
Televisyen pintar baru daripada Samsung ini telah mula dijual di pasaran tempatan, dan bagi anda yang berminat boleh mula mendapatkannya daripada para pengedar tempatan.



samsung-suhd-tv_01

Touch n Go Memperkenalkan Jam Tangan Yang Boleh Digunakan Untuk Melakukan Pembayaran

Touch N Go Watch
Touch n Go merupakan salah satu platform pembayaran yang popular di Malaysia, digunakan untuk pembayaran di plaza Tol, pengangkutan awam, mahupun di beberapa kedai untuk membeli barangan ataupun makanan. Sehingga kini, mereka telah menawarkan kemudahan pembayaran menggunakan kad dan juga SmartTag, dan terkini mereka turut memperkenalkan sebuah jam tangan untuk tujuan yang sama.
Dinamakan sebagai Time Traveller Watch, Touch n Go mengintegrasikan kebolehan membayar menggunakannya terus pada jam tangan tersebut. Seperti biasa, pengguna hanya perlu mengimbas jam tangan tersebut di lokasi Touch n Go seperti biasa, dan transaksi akan dilakukan secara automatik. Pengguna juga boleh menambah-nilai untuk jam tangan berkenaan di semua lokasi sedia ada.
Touch N Go Watch
Dengan integrasi pada jam tangan juga, ia membuatkan anda tidak lagi tertinggal kad Touch n Go memandangkan ia sedia terpakai pada pergelangan tangan anda sepanjang masa.
Touch N Go Watch
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan ini dari laman 11Street pada harga RM222.

Hamidah: Laluan BN di K.Kangsar sukar

Datuk Hamidah Osman

Datuk Hamidah Osman
IPOH - BN dijangka berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Parlimen Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.
Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu jelas kerana pergerakan dan penglibatan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang terbatas sepanjang kempen berlangsung.
“Kalau kita keluar (berkempen) pun orang susah nak bagi undi inikan pula kalau keadaan sebaliknya. Bagi saya, walaupun kita berada dalam dunia teknologi yang serba canggih namun, setiap calon wajib turun padang bertemu, bersua muka dengan rakyat. Jelaskan visi dan misi yang ingin dibawa,” katanya.
Menurutnya, pemilihan Mastura selaku calon juga menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada dirinya bahkan banyak pihak termasuk ahli BN sendiri.
“Saya sendiri pun memang tak faham apa kriteria-kriteria yang menyebabkan beliau dipilih oleh BN untuk bertanding sedangkan kita tahu kedudukannya,” katanya.
Ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau bertanding di PRK tersebut sebagai calon bebas, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno Gopeng enggan mengulas lanjut.
Katanya, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam senario politik negara pada ketika ini.

Sumber

'ALLAH SWT akan tolong Pas'

PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar
KOTA BHARU - Menyedari walaupun Umno dilihat lebih hebat dan kuat secara fizikalnya  namun tidak mustahil Pas menjadi pilihan  pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan izin ALLAH WT.
Justeru Ketua Muslimat Pas Pusat, Noridah Mohd  Salleh meminta semua jentera dapat memanfaatkan  keberkatan PRK yang berlangsung pada  Ramadan  dengan sebaik- baiknya untuk meraih sokongan.
Menurutnya, terangkan sebaik-baiknya  dan terus berdoa dan bermunajat mudah-mudahan kedua-dua PRK nanti membuahkan kejayaan kepada Pas.
"Melihat  kekuatan fizikal Umno  mungkin kita serender, tetapi  kita ada Allah SWT yang  maha kuat, pemurah dan memerhati tindak tanduk dan mustajabkan doa kita," katanya ketika ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan.
Dalam masa sama, beliau juga mengingatkan seluruh ahli meletakkan keyakinan  dan menjaga tingkah laku sepanjang tempoh berkempen agar ALLAH SWT  memustajabkan doa kemenangan Pas.
 Selain itu, Noridah juga  mengharapkan usul Muslimat untuk mewujudkan dasar  pendidikan Pas dapat dipertimbangkan.
"Isu pendidikan yang dibincangkan semalam adalah satu perkara besar sebagaimana  di sebut oleh  presiden parti.
"Penekanan serius  agar Pas itu sendiri ada dasar  pendidikan sendiri  sebab kita semua harapkan kemenangan  Pas,  kita tidak seronok dan tidak mahu bagi kejayaan kepada BN," katanya.
Dalam pada itu juga, Noridah turut meminta Pas Pusat untuk pertimbangkan bagi mewujudkan Lajnah  Pembangunan Keluarga.
"Memang  ini lajnah  baharu  di peringkat  dewan mungkin boleh dibawa kepada Pas Pusat  dengan  hujah  dan kefahaman  bahawa urusan keluarga adalah tanggungjawab besar terhadap diri masing -masing," katanya.

Sumber

Nasrudin tegur ahli Pas tak beli Harakah

Nasrudin Hassan
Nasrudin
KOTA BHARU - Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur tindakan segelintir ahli Pas yang masih lagi tidak menyokong penerbitan lidah rasmi mereka, akhbar Harakah.

Menurutnya, Harakah merupakan salah satu medium yang membantu memberi penerangan mengenai pelbagai skop terutamanya untuk menghakis segala cabaran dan serangan negatif mereka yang cemburukan parti Islam itu.

"Saya tidak tahu sejauh mana perwakilan semua tahu betapa pentingnya lidah rasmi ini kepada kita. Ahli kita hampir sejuta, dan kita meletakkan sasaran 60,000 naskah untuk setiap kali keluaran, walaupun jumlah tersebut terlalu kecil dengan jumlah keahlian kita.

"Kita amat kesal kalau ada perwakilan yang tidak baca harakah. Apapun, mana-mana yang masih belum pernah menyokong Harakah sebelum ini, sila tunjukkan komitmen anda kerana kita bukan jual secara luaran, maka tunjukkan usaha anda untuk langgan dan sebagainya," katanya semasa ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-62 di sini.

Dalam masa yang sama, Nasrudin memberitahu, penerapan politik matang dan sederhana  sebenarnya banyak membantu semua ahli kembali kepada jalan perjuangan parti dan Islam yang sebenarnya.

Walaupun ada yang 'sinis' mengatakan selepas gagasan politik tersebut diterapkan, mereka tidak boleh menyampaikan ceramah 'menghentam' Umno, beliau berkata, mereka sepatutnya lebih mengutamakan penerangan untuk menterjemahkan perjuangan Islam yang dibawa Pas.

"Bukan tidak boleh hentam Umno, tetapi perlukan berfakta dan sebagainya. Jangan hanya beremosi semata-mata. Saya ingat lagi ceramah yang disampaikan Ketua DHPP, N. Bala Subramaniam, beliau tidak terlalu hentam Umno sebab sudah awal kita memang tahu Umno adalah musuh kita.

"Tetapi beliau menekan tentang perlunya kita kekal dengan perjuangan kita. Berganding bahu untuk memberi penerangan mengenai perjuangan kita, sebelum menghentam orang lain. Itu lebih penting untuk istiqamah dalam perjuangan dan menarik lebih ramai pengikut perjuangan," katanya.

Sumber

Selepas 7 Hari Hilang Dalam Hutan Didiami Beruang, Yamato Ditemui Selamat


Jepun, 3 Jun - Budak lelaki 7 tahun yang ditinggalkan di dalam hutan yang didiami beruang pada minggu lepas telah ditemui selamat dan dalam keadaan sihat.

Yamato Tanooka, yang ditinggalkan kerana nakal ketika menaiki kereta, ditemui sedang berada di dalam sebuah bangsal oleh sepasukan askar yang sedang menjalani latihan, 5km dari tempat dia dilaporkan hilang.

Doktor yang merawat kanak-kanak itu berkata Yamato sangat tenang biarpun sudah hilang selama 7 hari.

Menurut laporan, askar itu menemui Yamato sedang 'bergulung' di atas satu tilam di bangsal tersebut. Askar tersebut kemudian memberikannya nasi kepal dan roti apabila Yamato berkata dia lapar dan dahaga.


Berita kehilangan Yamato mencuri tumpuan dunia apabila ibu bapanya mengaku menipu dalam memberikan kenyataan tentang kehilangan anaknya itu.

Pada awalnya, bapa kepada Yamato berkata anaknya itu hilang di dalam hutan ketika sedang memetik sayuran namun akhirnya mengakui dia menyuruh anaknya keluar dari kereta sebagai hukuman kerana nakal

Sumber